Thursday, July 20, 2017

EGEN INSURAN ORANG KITA

Anda ada masalah berhubung dengan PUSPAKOM? Anda ingin membaharui  cukai jalan dan insuran kenderaan? Dan jika anda tinggal di sekitar Padang Serai  SHR Ceria Enterprise yang berpejabat di No.  3-A, Arked Koperasi, Kg Guar Lobak, Padang Serai  sedia membantu anda.
Suhaimi Hamid terkenal
dengan panggilan Awang

Tambah menarik lagi Pemilik SHR Ceria Enterprise, Suhaimi Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Awang, 43,  juga sedia memberikan khidmat terus ke rumah. Sekiranya anda malas untuk keluar membuat urusan ini beliau sedia ke rumah anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Suhaimi, pada mulanya sebelum membuka pejabat memang beliau memberikan khidmat terus ke rumah pelanggan atau pun berjumpa dan menguruskan urusan itu di kedai kopi. Beliau telah menjalankan perniagaan dengan cara  ini lebih 6 tahun dan kini  baru beliau membuka pejabatnya sendiri.
Pejabat SHR Ceria Enterprise di depan Masjid
Guar Lobak, Tapak Pasar malam

“Saya berterima kasih kawan-kawan di sini banyak membantu dan membeli insuran kenderaan dan membaharui cukai jalan daripada saya. Mereka menghubungi saya dan saya pergi menemui mereka. Selepas 6 tahun barulah saya dapat memiliki pejabat sendiri. Khidmat seperti yang dinyatakan akan saya teruskan.”

“Mereka yang ingin mendapat khidmat saya juga  boleh datang terus ke pejabatnya atau boleh menghubungi saya ditalian 019-570 2279 untuk mendapatkah khidmat terus ke rumah. Oleh kerana siangnya saya menguruskan kerja-kerja ini di pejabat JPJ maka khidmat terus ke rumah hanya dibuat pada sebelah malam."
Suhaimi sedang memasukan data pelanggan

“Pejabat saya di buka dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.  Anak saya Mohd Nibiq Syamil menguruskan kerja-kerja pejabat dan saya sendiri berurusan dengan pihak JPJ dan PUSPAKOM.”  Cerita Suhaimi dalam pertemuan dengan Portal Padang Serai.

SHR Ceria Enterprise memberikan perkhidmatan membaharui cukai jalan dan insuran kenderaan. SHR Ceria Enterprise juga membuat urusan membaharui cukai jalan dan insuran kenderaan tanpa perlu geran kenderaan melalui sistem MYEG yang disediakan oleh pihak JPJ.
Mohd Nibiq Syamil sedang
membantu bapanya di pejabat

Katanya lagi, urusan dengan Puspakom  adalah seperti  potong nama kenderaan, tukar engin kenderaan serta membantu mendapatkan cukai jalan yang telah lama mati dan tidak boleh dibaharui melalui sistem biasa.


“Sesiapa yang ingin mendapat khidmat  saya  boleh datang terus ke pejabat atau menghubungi  saya ditalian  019-570 2279. Simpan nombor ini di dalam telefon  bimbit anda agar memudahkan anda untuk menghubungi saya bila perlu.” katanya.



KLIK TENGOK VIDEO INI 
UNTUK TAHU KEPENTINGAN IKLAN






KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI




Sunday, July 2, 2017

CAKAP SALAH TAK CAKAP PUN SALAH

TADI semasa saya tunggu ‘turn’ nak buka balutan ‘operation’ kecil yang saya lalui baru-baru ini, saya berbual dengan seorang peniaga kecil di Padang Serai. 

Dia  membawa anaknya  ‘dressing’ luka akibat kemalangan jalan raya. Dia mengeluh lani hidup memang susah... berniaga nak dapat untung RM50.00 untuk  belanja ‘basic’ rumahtangga pun susah nak dapat. Bila awal bulan kita nak kena cari nak bayar bil letrik dan air dan nasib baik saya tinggal rumah kampung tak kena bayar sewa  atau hutang.


Belanja ‘basic’ yang dia maksudkan ialah belanja pasar, duit sekolah anak, ikan, sayur, duit minyak kenderaan  dan lain2 keperluan yang tidak boleh  elak.  Dia kata lagi cuba tengok di hospital ini, dulu-dulu  jarang kita nampak orang cina datang mendapat rawatan tapi sekarang agak ramai. 

Oleh kerana kekurangan pendapatan mereka memilih perkhidmatan yang paling murah untuk mendapatkan rawatan. Saya mengakui apa yang dia kata, saya berkata kepada dia, saya sendiri hari-hari  belanja pasar makan yang biasa-biasa  pun terpaksa berbelanja RM20.00 hingga RM30.00. Saya pun hampir penat dan lemas waktu ini, saya kata.


Dia berkata lagi walaupun kita sayang UMNO tapi kita tidak ada pilihan, kita  kena korban UMNO dalam pilihanraya kali ini... kita mesti tumbangkan UMNO. Saya bertanya kenapa dah sayang nak tumbangkan UMNO.  Dia berkata,  dia akui UMNO tidak salah dan UMNO  melalui pemimpin yang terdahulu memang telah menaburkan banyak jasanya kepada kita tetapi pemimpin UMNO hari ini tidak lagi membela kita.  Mereka hanya pentingkan kedudukan dan pangkat serta perut mereka sahaja.


Saya kata,  kalau dah kata macam tu kita tukar pemimpin yang pentingkan kedudukan, pangkat dan perut mereka itu. Dia kata pemimpin UMNO mana  yang berani bersuara melihatkan kepincangan pengurusan ekonomi  negara dimana kini  kita yang menanggung beban hidup. Jika ada yang bersuara pasti akan dikenakan tindakan,  jadi demi menjaga kedudukan pangkat dan perut  mereka, mereka terpaksa diam.


Kita terpaksa bekorban kali ini beri undi kepada PKR dan Bersatu, katanya bersungguh-sungguh. Saya tanya PAS bagaimana pula? Dia menjawab,  saya tidak pandai politik tetapi PAS saya lihat dah mirip kepada UMNO dan kalau kita sokong PAS bermakna kita sokong UMNO. Jika macam tu lebih baik kita terus sokong UMNO, dia menjawab.  Saya melihat kata-kata yang dihemburkan penuh kekecewaan.


Saya terpaksa  tinggalkan peniaga  itu kerana giliran saya untuk masuk tengok luka saya. Saya terfikir apa yang dikatakan itu benar belaka bebenan hidup dirasai sangat-sangat oleh rakyat di peringkat bawah.  Jadi  siapa yang akan membela peniaga kecil yang macam ni? Siapa yang akan membela hidup orang kerja kampung yang menghadapi tekanan hidup waktu ini? Siapa yang akan membela orang yang bekerja sendiri yang memang hidup dalam tekanan ini? Siapa?




http://hidupadamhawa.blogspot.my/